Orientation Comittee (OC)

0 comments




Salam, Tengahari tadi saya dimaklumkan bahawa permohonan untuk menjadi OC telah diterima. Memo telah ditampal di bawah blok. Setelah diteliti, maklumat tersebut disahkan benar. Nama saya tertera bersama 70+ nama lain. 10 nama ahli PEERS juga tersenarai. Ini berita yang sangat baik. Peluang untuk memperkenalkan Kelab PEERs kepada pelajar baru terbuka luas.


Baiklah, untuk sesiapa yang tidak mengetahui, OC ialah jawatankuasa yang dibuat untuk membantu pengurusan pendaftaran dan orientasi pelajar baru. Pengurusan borang dan aktiviti semua diuruskan oleh jawatankuasa ini. Ini bagi membantu pelajar membiasakan diri terhadap suasana universiti dimana semua harus dilakukan pelajar secara berdikari. Ibu bapa tidak dibenarkan membantu pelajar tersebut dari mana mana ruang.






Sepanjang seminggu waktu orientasi yang dinamakan Minggu Mesra Siswa (MMS) ini, pelajar akan didedahkan tentang cara hidup di kampus, dari aspek pemakanan di dewan makan, hidup di asrama, bangun awal, tidur lewat dan lain lain. Pelajar juga didedahkan tentang cara pembelajaran, ko kurikulum, sukan dan cara berhubung dengan staf. Selain itu, bangunan bangunan kritikal dan penting juga diperkenalkan untuk memudahkan pelajar berurusan.


Di dalam setiap program, pelajar sengaja dicampur secara besar-besaran untuk memudahkan mereka berkenalan dan berkawan.Pelajar juga akan ditanam sikap berdisiplin dan kerjasama disamping amalan berbudi bahasa. Semua sikap ini amat penting bagi pelajar sepanjang di universiti sehingga setelah bergelar graduan.


Biasannya program yang disusun akan memakan tenaga pelajar yang banyak. Oleh itu biasanya ramai yang akan sakit kerana keletihan. Ini berpunca dari cuti pelajar yang lama dari peperiksaan SPM selain perbezaan budaya dengan sekolah menengah. Kebanyakan pelajar yang biasa hidup di asrama jarang menghadapi masalah untuk membiasakan diri.


Selalunya, pada akhir program MMS akan menyaksikan hubungan yang rapat antara OC dan pelajar.


Mudah mudahan rasa hormat,persahabatan dan silaturrahim akan kekal di antara pelajar dan OC selamanya.


Fasa 1

0 comments

Meja student (kononnya)

Salam Semua, Hari ini tiade perkara menarik langsung. Segalanya disebabkan fasa 1 final exam. Itulah final pertama, QMT210. Memang susah. Mungkin sebab terlalu memandang rendah kertas tersebut. Walaubagaimanapun semua kertas semester lepas pun tidak susah begini. Anggaran?Positif untuk berjaya, tetapi tipis untuk cemerlang


Tidak mengapalah, Kita teruskan dengan rancangan 'fasa 2' pula, PHY340(Elektronik). Yang pasti, kesilapan lama tidak boleh berulang. Tidak boleh lagi memandang rendah pada kertas. Kite cuba sedaya yang mampu, Dan yang pasti, kita xkan memberi peluang lagi :)


Malam ni jugak mula ulangkaji, walau pagi tadi baru periksa
Moga2 hasilnya setimpal dengan usaha

Demam

0 comments
Demam yang tidak panas. Tetapi terasa lebih di otak. Terasa pening, dan 'blur' satu hari. Terdetik risau di hati, memikirkan berapa lama baru ia pergi. Kerana peperiksaan makin menghampiri; Jangan ku tersungkur die perang ini, perang terpenting setakat ini.


Rasanya pening ni bermula dari ujian MAT238 semalam. Saya biasa akan mendapat demam setelah ujian MAT. Kenapa, masih tidak diketahui. Tidak ada sebab lain lagi, kerana saya tidak ke mana-mana semalam. Selepas ujian habis pada 4.30 pm,termangu di laptop dan tido awl (9)


Cepatlah Baik, Adib

Keseronokan

0 comments
Yeah,1 test da lepas (isnin). Ade lagi beberapa test lagi, Seronok betul lah! :D
ahaha,ade sikit pembetulan jadual, yang menyebabkan kesoronokanku bertambah ya amat! Jemputla melihat dan menilai jadual ku^^


22/10/09 Test CSC 317
23/10/09 Test MAT 238
26/10/09 Test PHY 310


---------2 hari kemudian----------------


28/10/09 Final QMT 210
31/10/09 Final PHY 340
4/11/09 Final MAT 238
5/11/09 Final CSC 317
15/11/09 Final PHY 310


Yeha! Seronok!

Setitis Minda

0 comments


“Senaman yang paling mudah dan ‘murah’ ialah berjalan kaki, sehingga sekarang saya amalkan kecuali jika terlalu sibuk, saya akan gunakan alat senaman treadmill. Saya juga angkat dumbell untuk Kuatkan otot lengan.

“Mungkin kini tumbukan saya tidak sekuat dahulu, maklumlah usia sudah semakin meningkat, tetapi jika semasa muda sesiapa yang terkena tumbukan saya pasti akan terasa sakitnya,” 
-Dr Mahathir 
(Utusan Malaysia 18/10/09)





Die jugak kate berat die xpernah lebih 60 kg?Dan aku pun da 70 kg :(( NOOO! Kena exercise la lpas ni.Patutla lembab je otak,jalan lambat otak pon lambat rupenye. Untuk kebaikan final aku juga..





Kepade reader juga sila praktikkan senaman yeah,orang yang bulat bulat 'sfera' tak membawa manfaat untuk diri masyarakat dan negara, menyusahkan adela. (melainkan Jepun, diorang ade sumo)





Later~

Perang Bermula

0 comments





Esok bermula lah minggu terakhir untuk kelas2. Minggu last ni pun pnuh dengan test (19,22,23). Kalau ikutkan perang untuk final dah dikira bermula dah pun. Test2 tu KONON nya lah serangan musuh, dan kite kena tangkis. Mende aku merepek ni?




Entahla. Semester ni semester paling cepat, dan paling kelam kabut. Semua sebab H1N1.Takde study week,1st paper pulak start awal (31). Tengok muka setiap pensyarah yang mengajar pun boleh dilihat raut raut serabut. Apatah lagi pelajarnye.


Bak datang la wei final! meh aku tapau satu2. Stat mlm ni belajar betul2 la. Duduk depan, tumpu perhatian (sebelum ni tak) :D . Sempat nye,takde hal. Aku kan seronok last minute.


AAh Rindunyaa!

0 comments
Sudah lame menunggu ade mood untuk blogging, dan sampai suda masenye. Haha. Ini tndenye mse da ckup boring sampai ade mase nak blog. Okayh, ready for next blog. :D


Bydaway, npe pning gile ni? mabuk ke aku?
 
Copyright © Varqidic