Orientation Comittee (OC)





Salam, Tengahari tadi saya dimaklumkan bahawa permohonan untuk menjadi OC telah diterima. Memo telah ditampal di bawah blok. Setelah diteliti, maklumat tersebut disahkan benar. Nama saya tertera bersama 70+ nama lain. 10 nama ahli PEERS juga tersenarai. Ini berita yang sangat baik. Peluang untuk memperkenalkan Kelab PEERs kepada pelajar baru terbuka luas.


Baiklah, untuk sesiapa yang tidak mengetahui, OC ialah jawatankuasa yang dibuat untuk membantu pengurusan pendaftaran dan orientasi pelajar baru. Pengurusan borang dan aktiviti semua diuruskan oleh jawatankuasa ini. Ini bagi membantu pelajar membiasakan diri terhadap suasana universiti dimana semua harus dilakukan pelajar secara berdikari. Ibu bapa tidak dibenarkan membantu pelajar tersebut dari mana mana ruang.






Sepanjang seminggu waktu orientasi yang dinamakan Minggu Mesra Siswa (MMS) ini, pelajar akan didedahkan tentang cara hidup di kampus, dari aspek pemakanan di dewan makan, hidup di asrama, bangun awal, tidur lewat dan lain lain. Pelajar juga didedahkan tentang cara pembelajaran, ko kurikulum, sukan dan cara berhubung dengan staf. Selain itu, bangunan bangunan kritikal dan penting juga diperkenalkan untuk memudahkan pelajar berurusan.


Di dalam setiap program, pelajar sengaja dicampur secara besar-besaran untuk memudahkan mereka berkenalan dan berkawan.Pelajar juga akan ditanam sikap berdisiplin dan kerjasama disamping amalan berbudi bahasa. Semua sikap ini amat penting bagi pelajar sepanjang di universiti sehingga setelah bergelar graduan.


Biasannya program yang disusun akan memakan tenaga pelajar yang banyak. Oleh itu biasanya ramai yang akan sakit kerana keletihan. Ini berpunca dari cuti pelajar yang lama dari peperiksaan SPM selain perbezaan budaya dengan sekolah menengah. Kebanyakan pelajar yang biasa hidup di asrama jarang menghadapi masalah untuk membiasakan diri.


Selalunya, pada akhir program MMS akan menyaksikan hubungan yang rapat antara OC dan pelajar.


Mudah mudahan rasa hormat,persahabatan dan silaturrahim akan kekal di antara pelajar dan OC selamanya.


0 comments:

 
Copyright © Varqidic