Makanan

0 comments



Anda adalah apa yang anda makan. Terbukti benar kerana makanan yang anda makan memberi kesan kepada anda, sama ada secara langsung mahupun jangka panjang. 


Kepada pelajar, makanan adalah sangat penting dalam membantu pelajaran anda. Makanan yang anda makan sebelum belajar bukan sahaja untuk mengenyangkan perut, tetapi ia perlu juga berfungsi untuk membantu pelajaran, bukan membantutkannya. Discovery Channel ada menayangkan episod dimana kajian tentang makanan yang dapat meningkatkan tumpuan.


Makanan terpenting adalah dari kumpulan karbohidrat, kumpulan terbawah di dalam piramid makanan. Ia menyumbang kepada keperluan tenaga utama iaitu glukosa, gula ringkas hasil dari pemecahan karbohirdat yang anda makan. Karbohidrat  jika dimakan boleh mewujudkan perasaan gembira dengan merangsang hormon berkaitan. Tetapi jika dimakan berlebihan kesannya akan menjadi terbalik. Anda akan merasa bosan dan mengantuk.


Selain itu makanan kedua terpenting ialah protin, sumber tenaga ketiga selepas lemak. Sumber penting bagi bahan untuk enzim dan asid amino tubuh. Terdapat bukti dalam kajian yang dijalankan bahawa protin dapat meningkatkan tumpuan dalam kehidupan seharian.


Tetapi yang paling penting ialah kita harus bijak menyeimbangkan setiap makanan yang dimakan. Setiap kumpulan merupakan keperluan tubuh badan. Penisbahan penting agar kita tidak mengikut minat dan kesedapan sahaja.




Moden vs Tradisional

0 comments



Pakaian merupakan simbol kepada personaliti pemakainya. Kerana itulah ia terdapat dalam pelbagai jenis, warna dan bentuk.

Di zaman serba moden ini, golongan terutama generasi muda lebih menumpukan kepada barat sebagai idola mereka, termasuklah dalam isu pemakaian. Jenama jenama yang terkenal menjadikan mereka bangga apabila dapat memilikinya, walau terpaksa bergolok bergadai mahupun dapat yang terpakai.

Melayu mempunyai pakaiannya sendiri, Baju Melayu misalnya. Persoalannya mengapakah pakaian ini  kelihatan pupus, melainkan di Masjid, pada hari Jumaat dan Hari Raya sahaja? Tetapi baju yang melambangkan budaya kita ini bukanlah rendah kualitinya, bukan juga buruk rupanya dan bukan juga tinggi harganya. Pengilang mampu membuat baju yang menepati ciri ciri kualiti yang baik.Mungkinkah baju melayu dirasakan lapuk untuk dipakai berjalan?

Kereta Jealous Ahura of Johor menggunakan kerawang diraja sebagai corak kereta mereka dan memenangi tempat kedua di pentas antarabangsa. Kerawang tradisional itu telah dinilai cantik diaplikasikan pada kereta moden. Mengapa perlu kita merasakan sebaliknya?

Sebenarnya nilai kebudayaan melayu dari semua segi amat baik dan berkualiti. Tetapi malangnya kemampuan ia direncatkan oleh pemikiran moden hampir semua orang bahawa barangan barat adalah terbaik. Walhal jika diusahakan, dimajukan dan paling penting disokong, ia akan mampu untuk bersaing dengan produk barat.

Bermula dari sinilah ia bergantung pada kerajaan untuk memartabatkan budaya kita. Seumpama tulisan jawi, baju baju melayu juga perlu dibantu. Kerajaan boleh mula mewajibkan kepada kakitangan mereka. Setelah beberapa lama, orang awam yang biasa melihat baju ini dipakai akan mempunyai rasa untuk memilikinya. Baju yang lain juga menggunakan cara yang sama untuk menarik pembeli.

Pereka fesyen perlu untuk mempunyai kesedaran dan boleh menggunakan kreativiti dan inovasi mereka membantu menggubah baju melayu yang moden dan sesuai dipakai oleh belia kini. Di samping merasa bangga, mereka akan sedikit sebanyak membantu negara. 

Contohnya, baju yang dipakai Farid Kamil di atas, ia sesuai untuk menggantikan kot atau dipakai ke majlis rasmi. Warna kuning boleh dikhaskan kepada sultan. Memakai baju yang lebih kurang sama tetapi bewarna lain akan menunjukkan betapa sayangnya mereka kepada sultan dan menanamkan lebih semangat patriotik. Corak yang formal untuk yang berusia mahupun corak yang lebih sesuai untuk dipakai remaja yang suka bergaya. Dengan sedikit pegubahsuaian, ia boleh digunakan untuk baju basahan mahupun menggantikan t shirt yang biasa dilihat di luar.

Kempen mahupun festival juga boleh diadakan untuk memperkenalkan fesyen yang baru keluar. Iklan juga boleh ditingkatkan sebagai promosi. Usaha yang berterusan dan dirancang secara teliti akan perlu   dilakukan untuk  menjadi produktif.

Masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran sendiri untuk membantu memartabatkan budaya kita, disamping memperkenalkan kepada masyarakat dunia, kerana tidak mustahil perniagaan pakaian ini mampu menembusi pasaran luar negara. Mudah mudahan pakaian kita, budaya kita dan nilai nilai kesenian kita tidak luput ditelan zaman.


Masjid

0 comments



Masjid merupakan rumah ibadat, bangunan suci bagi umat Islam. Ia merupakan tempat muslimin bermunajat, beribadat, dan muhasabah diri.


Kala ini kita boleh lihat banyak masjid yang didirikan cantik cantik belaka dan bermacam macam jenis. Menunjukkan bahawa umat Islam mengambil berat terhadap kualiti ibadah mereka, sepertimana perlunya memakai pakaian yang bersih untuk beribadat.


Walaubagaimanapun, kecantikan luaran dari segi senibina tidak menjamin keselesaan yang menunaikan ibadah di dalamnya. Jika pembina terlalu menumpukan kepada nilai luaran, dia akan melupakan soal dalaman, yang melibatkan kerohanian.


Contohnya, bahagian dalaman masjid perlu dibina supaya tiang tiangnya tidak memutuskan saf. Saf yang lurus dan tidak terputus adalah amat penting dalam menunaikan solat. Jika tiang tersebut berada di atas saf, ia akan membantu menyambungkan saf dan menyokong struktur bangunan pada masa yang sama. Di samping itu, masih cukup ruang di belakang tiang tersebut untuk jemaah di belakang tiang tersebut untuk bersolat. Maka saf tidak akan putus


Penggunaan tikar sembahyang juga memainkan peranan. Karpet yang digunakan juga harus memberi keselesaan kepada pengguna. Karpet yang berkualiti akan membantu muslimin terutama yang mempunyai hidung sensitif untuk sujud. Solat yang tidak terganggu akan memastikan muslimin tersebut kekal khusyuk.


Selain itu masjid juga memerlukan pengaliran udara yang baik. Mengalirkan udara  sama seperti mengalirkan haba yang amat membantu ketika Solat Jumaat. Masjid yang terbuka sesuai jika tiada penyaman udara digunakan.


Mungkin satu cabang kejuruteraan boleh dibuat untuk memastikan kualiti solat dapat ditingkatkan secara holistik. Kadangkala kita terlalu memfokuskan pada nilai estetika dan seni dan melupakan perkara remeh yang sebenarnya penting.

Bilik Rehat (Restrooms)

0 comments




Suatu ketika dahulu ketika Amerika mengamalkan dasar apartheid, tandas juga dibahagikan mengikut golongan yang layak menggunakannya. Mengklasifikasi manusia sebagai putih atau hitam sebagai kelayakan adalah amat kejam. Kerana ia sepatutnya bergantung kepada usaha dan kebolehan masing masing.

Tetapi kini situasi yang sama ada di Malaysia. Mengapa tandas di sekolah dibahagi kepada tandas guru dan tandas murid, atau di universiti yang membahagikan kepada tandas pensyarah dan tandas pelajar. Malahan tempat makan guru dan murid juga harus dibezakan.

Apakah perbezaan diantara murid dan guru sehingga membawa kepada perbezaan tandas dan ruang makan di kantin? Bukankah dengan berkongsi tandas, seorang murid itu dapat sedikit sebanyak menyerap nilai nilai baik dari mengenali gurunya dengan pancainderanya, dengan melihat, mendengar atau berbual bersama. Guru juga akan menjadi lebih peka terhadap keperluan dan karekter murid mereka lalu memahami masalah, punca punca mereka ini merosakkan dan menconteng tandas,dan merokok.

Peluang ini juga boleh diisi guru dengan memberi contoh teladan dan baik, sikap profesionalisma dan sikap yang baik. Jika murid biasanya menerima pengaruh buruk dari rakan sebaya, pendedahan kepada guru mereka walaupun sedikit dapat membuatkan murid tersebut berfikir mana yang terbaik. Guru juga berpotensi menjadi rakan kepada murid. Tanggungjawab bukan milik ibu bapa sahaja, kerana antara masa terbanyak yang diluangkan murid adalah di sekolah.

Murid tersebut di rumah mereka juga turut menggunakan tandas yang sama dengan ibu bapa. Ini mungkin tidak termasuk rumah rumah besar yang mempunyai 10 tandas atau lebih. Jika diimbas zaman kita dahulu, dimana setiap rumah kampung hanya mempunyai 1 tandas yang berada berdekatan. Faktor inilah yang menggalakkan pengguna tandas menjadi lebih memahami keperluan seseorang dan mesra. Di zaman serba moden ini, tandas juga menjadi ruang untuk bersosial.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan prejudis dan memandang rendah pada orang lain. Murid kini lebih dewasa berbanding umur mereka. Ini kerana globalisasi telah memberi kesan kepada murid, melalui internet dan seumpamanya. Jadi cara yang paling sesuai untuk menangkisnya ialah memberi pendedahan secara langsung. Cukuplah sekolah terbahagi mengikut bangsa. Janganlah kita membahagikan dan memecah belahkan golongan masyarakat. Kerana ego akan memastikan mereka bertelagah. Seperti guru dan murid zaman kini, bergaduh kerana memikirkan masing masing di pihak yang benar.


Honeymoon

0 comments
It is very relieving. After two day direct examinations, I finally have quite a rest. The preparation for both exam really tense me up. Luckily I noticed 3 big pimples that want to rise on my face in one time and remember how stressed I am. My face really hard to have big pimples. Only small ones will appear. So having three is a very serious situation.


Therefore, I take 3 days of my 10 day gap to forget studying totally. I spent that time by sleeping, movie marathon and riding on my scooter aroung campus. For your information, my campus UiTM Khazanah Alam is full of trees and grass fields. Their unused land still remains a forest and hosts their own campsite. No wonder its named Khazanah Alam or Nature's Treasure. I never hesitate to admit that being in here is very calming, soothing and peaceful. The air here is also very clean. I feels healthier compared to at home.


As I wander around campus on my scooter, I wonder to myself. That I am so lucky that I am picked to study here. For all Diplome In Science course host, I believe here is the best. Having mosque 1 meter from college, class 50 meter from college, dining hall 1 meter from college is all the indirect benefits that students will not see, but they have to feel. 1st year student like me before feels this place is the worst. As time passes only then we will have it appreciated. Now in my last year. I wonder wether I would have this feeling when continuing degree.


This is the place where occurs 1000 memories and experience, happy, sad, fun, scared and many more. I believe I will miss this place so much just after I leave it.


Dedicated to u. UiTM Khazanah Alam.




Fasa 3,4

0 comments
Semalam MAT, hari ini CSC. Dua hari yang penuh kesibukan dan merupakan klimaks pada waktu peperiksaan ini.  Kerana kegentingannya, banyak perkara telah dikorbankan untuk membuat persediaan.


Itu cerita tadi. Sekarang ada masa 10 hari sebelum peperiksaan terakhir, PHY310. Cuti yang panjang, berbaloi jika dibandingkan dengan usaha dan penat lelah untuk persediaan sebelum ini. Mungkin rehat yang panjang adalah apa yang saya perlukan


Perkara paling menarik untuk diceritakan ialah kelmarin, 3 Nov, Salah satu dari gerai makan siswi telah terbakar. Semasa dalam perjalanan pulang dari perpustakaan. Kelihatan satu dapur dipenuhi api dan staf2 cuba memadamnya. Merasakan mereka perlukan bantuan, saya bantulah sekali. Bantu mennghulurkan pemadam api. Nak membantu memadamkan tidak sempat kerana sebelum sempat sampai ke api staf telah mengambil dahulu pemadam api di tangan saya.








Mujurlah tidak lama kemudian api berjaya dipadamkan. Selepas itu kedengaranlah kedengaran siren bomba yang baru sahaja sampai. Melihat pihak yang berpengalaman sudah tiba, saya pun berlalu pulang. Perjalanan pulang penuh dengan asap kesan dari kebakaran itu, membuatkan saya berfikir berapa lama kebakaran tersebut telah berlaku.



Itu sahaja yang menarik, kerana selain itu cuma cerita belajar dan ulangkaji

Fasa 2

0 comments
Salam. Semalam berakhirnya peperiksaan kedua yaitu PHY340 (Elektronik). Seperti sebelumnya, soalan soalan yang diajukan sangat mengelirukan, mungkin ditaip oleh seorang pakar putar belit. Ia diakhiri dengan kegelisahan, penyesalan disamping rasa marah dikalangan calon calon. Reaksi biasa.


Apa yang lebih teruk dari dua subjek yang jauh tarikhnya? Dua subjek yang dekat tarikhnya. 4 dan 5 November  merupakan tarikh MAT238 dan CSC317 masing masing. Memikirkan bagaimana mahu menguruskan masa dari sekarang sudah memeningkan, apatah lagi menjawab soalan peperiksaan tersebut. Risiko yang amat berat kerana kesannya mempengaruhi waktu tamat belajar saya.


Keputusan saya? memperjudikan segalanya. Hari ini saya mengambil keputusan membaca CSC dahulu. Malam ini giliran mat. Harapnya ini merupakan pilihan yang tepat.



 
Copyright © Varqidic