Bilik Rehat (Restrooms)





Suatu ketika dahulu ketika Amerika mengamalkan dasar apartheid, tandas juga dibahagikan mengikut golongan yang layak menggunakannya. Mengklasifikasi manusia sebagai putih atau hitam sebagai kelayakan adalah amat kejam. Kerana ia sepatutnya bergantung kepada usaha dan kebolehan masing masing.

Tetapi kini situasi yang sama ada di Malaysia. Mengapa tandas di sekolah dibahagi kepada tandas guru dan tandas murid, atau di universiti yang membahagikan kepada tandas pensyarah dan tandas pelajar. Malahan tempat makan guru dan murid juga harus dibezakan.

Apakah perbezaan diantara murid dan guru sehingga membawa kepada perbezaan tandas dan ruang makan di kantin? Bukankah dengan berkongsi tandas, seorang murid itu dapat sedikit sebanyak menyerap nilai nilai baik dari mengenali gurunya dengan pancainderanya, dengan melihat, mendengar atau berbual bersama. Guru juga akan menjadi lebih peka terhadap keperluan dan karekter murid mereka lalu memahami masalah, punca punca mereka ini merosakkan dan menconteng tandas,dan merokok.

Peluang ini juga boleh diisi guru dengan memberi contoh teladan dan baik, sikap profesionalisma dan sikap yang baik. Jika murid biasanya menerima pengaruh buruk dari rakan sebaya, pendedahan kepada guru mereka walaupun sedikit dapat membuatkan murid tersebut berfikir mana yang terbaik. Guru juga berpotensi menjadi rakan kepada murid. Tanggungjawab bukan milik ibu bapa sahaja, kerana antara masa terbanyak yang diluangkan murid adalah di sekolah.

Murid tersebut di rumah mereka juga turut menggunakan tandas yang sama dengan ibu bapa. Ini mungkin tidak termasuk rumah rumah besar yang mempunyai 10 tandas atau lebih. Jika diimbas zaman kita dahulu, dimana setiap rumah kampung hanya mempunyai 1 tandas yang berada berdekatan. Faktor inilah yang menggalakkan pengguna tandas menjadi lebih memahami keperluan seseorang dan mesra. Di zaman serba moden ini, tandas juga menjadi ruang untuk bersosial.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan prejudis dan memandang rendah pada orang lain. Murid kini lebih dewasa berbanding umur mereka. Ini kerana globalisasi telah memberi kesan kepada murid, melalui internet dan seumpamanya. Jadi cara yang paling sesuai untuk menangkisnya ialah memberi pendedahan secara langsung. Cukuplah sekolah terbahagi mengikut bangsa. Janganlah kita membahagikan dan memecah belahkan golongan masyarakat. Kerana ego akan memastikan mereka bertelagah. Seperti guru dan murid zaman kini, bergaduh kerana memikirkan masing masing di pihak yang benar.


0 comments:

 
Copyright © Varqidic