Masjid




Masjid merupakan rumah ibadat, bangunan suci bagi umat Islam. Ia merupakan tempat muslimin bermunajat, beribadat, dan muhasabah diri.


Kala ini kita boleh lihat banyak masjid yang didirikan cantik cantik belaka dan bermacam macam jenis. Menunjukkan bahawa umat Islam mengambil berat terhadap kualiti ibadah mereka, sepertimana perlunya memakai pakaian yang bersih untuk beribadat.


Walaubagaimanapun, kecantikan luaran dari segi senibina tidak menjamin keselesaan yang menunaikan ibadah di dalamnya. Jika pembina terlalu menumpukan kepada nilai luaran, dia akan melupakan soal dalaman, yang melibatkan kerohanian.


Contohnya, bahagian dalaman masjid perlu dibina supaya tiang tiangnya tidak memutuskan saf. Saf yang lurus dan tidak terputus adalah amat penting dalam menunaikan solat. Jika tiang tersebut berada di atas saf, ia akan membantu menyambungkan saf dan menyokong struktur bangunan pada masa yang sama. Di samping itu, masih cukup ruang di belakang tiang tersebut untuk jemaah di belakang tiang tersebut untuk bersolat. Maka saf tidak akan putus


Penggunaan tikar sembahyang juga memainkan peranan. Karpet yang digunakan juga harus memberi keselesaan kepada pengguna. Karpet yang berkualiti akan membantu muslimin terutama yang mempunyai hidung sensitif untuk sujud. Solat yang tidak terganggu akan memastikan muslimin tersebut kekal khusyuk.


Selain itu masjid juga memerlukan pengaliran udara yang baik. Mengalirkan udara  sama seperti mengalirkan haba yang amat membantu ketika Solat Jumaat. Masjid yang terbuka sesuai jika tiada penyaman udara digunakan.


Mungkin satu cabang kejuruteraan boleh dibuat untuk memastikan kualiti solat dapat ditingkatkan secara holistik. Kadangkala kita terlalu memfokuskan pada nilai estetika dan seni dan melupakan perkara remeh yang sebenarnya penting.

0 comments:

 
Copyright © Varqidic