Darul Ehsan

0 comments
Perkara yang paling saya berbangga ialah menjadi seorang muslim. Selain ituu saya berbangga dilahirkan di tanah tumpah darah ku Malaysia tercinta, yang aman dan makmur, mempunyai keluarga yang baik dan mempunyai rezeki yang cukup. Selain itu, saya juga amat berbangga dilahirkan sebagai rakyat Selangor Darul Ehsan. Bukan untuk bersikap kenegerian, tetapi memang amat bersyukur kerana saya percaya banyak perkara yang saya tidak akan dapat di negeri lain. No offense.

Selangor merupakan negeri yang antara terkaya di Malaysia. Kedudukan yang strategik membolehkan ia mempunyai antara pelabuhan yang terpenting disamping menjadi tumpuan kemajuan dan teknologi. Jangan lupa Kuala Lumpur dan Putrajaya juga adalah milik Selangor asalnya. Selangor juga memiliki banyak mercu tanda yang unik.

Semua ini tidak terbanding dengan punca mengapa Selangor menjadi sebegini hebat. Ia sudah pasti kerana mempunyai pemimpin yang dirahmati dan diberkati, disamping dihormati rakyatnya. Tidak lain tidak bukan Sultan Selangor sendiri. Kewibawaannye amat saya hormati sehinggakan taat dan setia yang saya berikan tidak berbelah bagi. Jangan hina negeri dan Sultan saya kerana anda tiada asas untuk melakukannya.

Sultan Selangor merupakan seseorang yang amat mementingkan Islam. Di samping itu baginda juga seorang yang menjaga rakyatnya dengan baik dan aktif dalam isu semasa. Baginda kuat membaca dan mempunyai perpustakaan yang besar. Kehadirannya memberi rahmat kepada seluruh rakyat kerana menjadi pemimpin yang direstui Allah, lalu dilimpahkan rahmatnya.

Antara jasa baginda yang amat saya hargai ialah terbina mercu tanda Selangor yang paling penting. Masjid Negeri. Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara, Kubah terbesar di dunia, mengundang Ratu Elizabeth melihatnya, menara kedua tertinggi di dunia dan berbagai lagi ciri ciri yang menakjubkan. Lebih mengagumkan apabila Sultan Selangor juga memilih tapak masjid, asalnya di bukit dimana UiTM Shah Alam berada,ke tempat sekarang. Baginda menderma elaun nya 4 bulan kepada masjid tersebut, di samping 4 lampu chandelier dan sebuah jam 600 tahun dibeli di Hong Kong. Berada di masjid ini dan anda akan rasa keunikanya, perasaan berada di dalamnya dan melihatnya dari jauh. Semua jasa baginda amat saya hargai dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membalas dan menjaga setiap yang baginda wariskan

Daulat Tuanku

Ciri Ciri Isteri Solehah

0 comments


Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM)

0 comments
Bermula 29 dan 30 Jun untuk kursus, dan 1 hingga 3 julai untuk perlaksanaan, program ini direalisasikan untuk mendidik anak muda yang akan menduduki SPM dan STPM, dari parlimen pekan dan sembrong, di mana ahli parlimennya Dato' Sri Najib Dan Dato' Seri Hishamuddin untuk menjadi seorang pelajar yang berwawasan, bermotivasi dan bersemangat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bertempat di UiTM Malaysia, 1000 calon peperiksaan ini ditempatkan di salah sebuah kolej dan di dedahkan dengan suasana hidup di kampus. Jadual mereka diisi dengan padat dengan pelbagai aktiviti, bertujuan untuk mempersiapkan mereka dengan lebih lagi untuk menghadapi peperiksaan masing masing. Calon juga die bawa berjalan di sekitar kampus bagi memotivasikan mereka lebih lagi untuk menyambung pelajaran.

Sepanjang program, calon akan dibimbing oleh hampir 200 orang mentor dari kalangan pelajar UiTM yang sudi mengorbankan cuti mereka demi membimbing adik adik mereka ini. Seorang mentor akan diberi 4 ke 6 calon untuk dijaga dan tggal bersama. Mentor akan menjadi role model bagi mereka sebagai orang yang telah berjaya sampai ke menara gading.

Majlis penutup dirasmikan oleh Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan, setiap orang baik mentor, calon dan Dato' Seri sendiri menyukainya. Dengan ini program ini telah berjaya dijalankan, dan semoga SMGM 2011 akan menjadi kenangan manis kepada semua, termasuk saya X)

With one of the mentor :D

Multi Level Marketing (MLM)

0 comments
financetwitter.com
Yeah aku tau aku xde pembaca. Close to zero la. Almost like a diary which no one read. Tapi still ada. Dan sebagai tanda terima kaseh, ini maklumat untuk anda, dan jutaan jin yang membaca :D.

Multi level marketin or MLM adalah skim pemasaran yang ramai orang tahu akan namanya. Tetapi, ramai di antara anda tak tahu apa sebenarnye ia. Mungkin ada kawan, iklan, ataupun sesiapa yang mengajak anda menyertai. Ia datang dalam pelbagai produk, ataupon perkhidmatan. Tetapi, ada persamaannya dari cara pemasaran yang multi level atau banyak tingkat (betul ke maksud ni?)

Jika anda selidiki dengan lebih lanjut, (tapi ingat, mendengan celoteh orang MLM susah dihentikan, jadi menanya lebih lanjut amat berbahaya. Lebih lagi pada perempuan aha.) anda akan tahu strukturnya dimana seorang perlu mencari 'downline' orang lebih bawah seolah olah orang bawahan anda. Dan orang bawahan harus mencari lagi orang bawahan jika mahu mengungtungkan anda. Jika pencarian downline ini terhenti, keuntungan anda takat itu sahaja.

Konsep ini akan berterusan. Menggunakan konsep infiniti, seolah olah orang bawahan akan sentiasa ada, tetapi, ia tidak begitu dalam realiti. Penduduk bumi terhad, lebih lebih lagi jika ditolak orang benua, negara, negeri lain, dan orang yang tidak berminat untuk menjadi downline. Jika tiba saat itu, orang paling bawah akan rugi sangat sangat manakala orang teratas telah untung berganda ganda. Anda cuma boleh untung pada awal skim dibuka sahaja. Terlambat, atau termakan pujukan orang yang terbawah yang terdesak mencari downline, andalah mangsa.

Maklumat serta produk yang terlibat anda boleh rujuk pada aididmuaddib.blogspot.com dan semoga anda mengetahui lebih lanjut. Sebaiknya jauhilah. Ada unsur yang menjadikannya haram bagi orang islam :)

-promote sbb name dekat-

My Drama

0 comments

whosright.com



Mekjah: Eh, anak ko dengan pakwe die tu cmne?

Kak Limah: Okey jee, dorang mcm suami isteri da tauu.hahaha..
Mekjah: Heey, ko biaakan je anak ko tu cmtu, ko xhalang kee?

Kak Limah: Watpe nak halang, bia la merekaa, asl mreke bhgia dah laa
Mekjah: Ko ni memang mak tak berhati perut. Habis jahanam anak kau macam tu. Buat la sesuatu sikit.

Kak Limah: Buat pe nak halang?
Mekjah: Buat ape ko kate? ko kate mcm suami isteri tu xde ape?

Kak Limah: Aku kate mcm tu sbb masing masing ada hubungan yang baik. Yang lelaki hormat pada yang perempuan macam seorang suami sebenar, hormat padanya, jaga maruah dirinya, lindunginya, beri nafkah kepadanya. Dia sering nasihatnya, bimbingnya, imami solatnya, berada disampingnya, dengar masalahnya dan mendoakannya.Dia melayannya ketika sunyi ketika jauh dan tidak melupakannya.

Dan si perempuannya pula taat pada lelakinya, patuhi arahannya yang baik, dan menolak yang buruk. Menjauhkannya dari bahaya, dari maksiat, dari orang orang yang jahat. Membantu segala yang termampu dan tidak mengganggunya bila dia perlu bersendiri. Berada disampingnya bila dia perlu. Hormat padanya dan menerima seadanya. Kekal dirumah menjaga maruahnya, keluar selepas izinnnya dan menjaga dirinya sepanjang masa.

Mekjah: Oooo. aku ingat diorang buat ape tadi. hihhi

*Ini jela mood nak tulis -.-"

The Big Bang

0 comments

scienceblogs.com



Mungkin ada diantara anda yanng tercari cari cara untuk menguatkan pegangan anda pada Nya. Ini kerana pada zaman moden yang maju bukan main ni hampir semua menumpukan hidup ke arah keduniaan dan semakin lupa tentang sesuatu yang terlindung di sebalik dunia itu. Tetapi ketahuilah, bukti itu berada dimana mana, selagi kita mahu mencarinya, tidak terbatas pada waktu, mahupun tempat ^^

Pada zaman dahulu, manusia menganggap dunia ini wujud secara tiba tiba, tiada permulaan, tiada pengakhiran. Dari mana agaknya anda fikir perkataan 'semulajadi' muncul? haha. Oleh itu, manusia berfikir yang dunia ini memang telah ada, dan terus ada selamanya. Tiada tuhan maka kita bebas untuk melakukan apa saja kerana dunia ini kita punya. Tiada batas pahala atau dosa.

Tetapi, kajian demi kajian yang dijalankan oleh saintis dari dahulu hingga sekarang semakin menampakkan kemajuan dari segi pengetahuan yang diperoleh dari alam semesta. Kadangkala kebenaran terlalu menyakitkan, seperti mengetahui matahari pusat sistem suria dan bukannya bumi. Maklumat yang sebenar mula menggantikan yang tidak.

Sehingga ke zaman moden, saintis bernama Edward Hubble (pencipta teleskop besar tu) menggunakan alatnya memerhatikan langit dan entiti di dalamnya. Die mengesan setiap bintang melakukan 'redshift'. Redshift umumnya ialah pemanjangan gelombang cahaya. Contoh, bila anda membina 1 gelombang yang sama sepanjang masa bila anda menghampiri hujung yang lagi satu gelombang akan menjadi rapat dan bila anda menjauh, gelombang memanjang. 

tomsastroblog.com

Ini menandakan bintang bintang bergerak menjauhi bumi. Kajian lebih mendalam juga membuktikan bintang bintang tersebut bergerak menjauhi satu sama lain. Jadi, bila semua bende bergerak menjauhi semua benda, ini menandakan alam semesta meluas dengan seragam! 

Surah Adz Zaariyat ayat 47 (51;47)
"Dan Langit kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar benar meluaskannya"
 -Terjemahan Al Quran Al Qarim, Al hidayah house of quran sdn bhd

Jika semuanya makin meluas (membesar) Okay, luas dalam 2 dimensi, dalam sains. Bermakna alam semesta ini adalah rata. Betul ke? Thus the universe was known to be flat to within about 15% accuracy prior to the WMAP results Bukti dari nasa tu..Jadi, jika kita putarkan masa kembali, akan tiba satu masa semuanya bintang2 dan segala zarah datang dari satu titik di alam semesta yang mempunyai 0 isipadu. Ini adalah teori big bang dimana alam semesta bermula dari letupan yang kuat dan terkawal berasal dari satu titik, kesan dari letupan menjadi awan yang kemudiannya membentuk setiap bintang dan planet dll. Ini merupakan permulaan bagi alam.

Surah Al Anbiya (21:30)
"Dan apakah orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu bercantum, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air, Kami jadika segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
 -Terjemahan Al Quran Al Qarim, Al hidayah house of quran sdn bhd

Sesuatu yang baru ditemui pada millenium baru ini, telah diungkapkan pada zaman Muhammad, di tengah padang pasir, di kala saintis hebat2 tiada mahupun teleskop yang canggih.

Nak lagi?
Surah Fussilat (41:11)
Kemudian Dia menuju ke langit dan dia (langit) masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi:"Datanglah kamu berdua menurut perintahku dengan patuh atau terpaksa." Keduanya menjawab:"Kami datang dengan patuh."
 -Terjemahan Al Quran Al Qarim, Al hidayah house of quran sdn bhd

Maaf la entry ini terlalu panjang, seluas mana alam semesta diluar bumi itu, seluas itulah bukti yang ditunjukkan. Kita sambung di masa lain~ ^^ 



Sex

0 comments
Okeh sila angkat tangan jika anda dari rumah Durratul Ain. Kalau anda bukan sila visit SEKARANG. Die suke stalk blog orang lain dan link kan blog orang tu :p. So this paragraph should be to appreciate her. Cukup la beberapa ayat. Haha.


Next paragraph. I'm sure u all have heard a phrase 'battle of the sexes', 'men came from mars and women from venus' and etc. Yeah, I agree some of the opposite sex are not able to accept the others 'defects'. That is what each came for each. To complete each other. If one have already complete why the fish should the other come?


Here are some 'expression' for the girls. Please accept us the way we are, if we behave like that ^^


1. Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down. We need it up, you need it down. You don't hear us griping about you leaving it down.

2. Birthdays, Valentines, and Anniversaries are not quests to see if we can find the perfect present yet again!

3. Sometimes we are not thinking about you. Live with it.
4. Sunday = sports. It's like the full moon or the changing of the tides. Let it be.

5. Don't cut your hair. Ever. Long hair is always more attractive than short hair. One of the big reasons guys fear getting married is that married women always cut their hair, and by then you're stuck with her.

6. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of it that way.

7. Crying is blackmail.

8. Ask for what you want. Let us be clear on this one: Subtle hints do not work! Strong hints do not work! Obvious hints do not work! Just say it!

9. We don't remember dates. Mark birthdays and anniversaries on a calendar. Remind us frequently beforehand.

10. Most guys own three pairs of shoes - tops. What makes you think we'd be any good at choosing which pair, out of thirty, would look good with your dress?

11. Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

12. Come to us with a problem only if you want help solving it. That's what we do. Sympathy is what your girlfriends are for.

13. A headache that lasts for 17 months is a problem. See a doctor.

14. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all comments become null and void after 7 days.

15. If you think you're fat, you probably are. Don't ask us. We refuse to answer.

16. If something we said can be interpreted two ways, and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one.

17. You can either ask us to do something or tell us how you want it done. Not both. If you already know best how to do it, just do it yourself.

18. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials.

19. Christopher Columbus did not need directions, and neither do we.

20. The relationship is never going to be like it was the first two months we were going out. Get over it. And quit whining to your girlfriends.

21. ALL men see in only 16 colors, like Windows default settings. Peach, for example, is a fruit, not a color. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is.

22. If it itches, it will be scratched. We do that.

23. We are not mind readers and we never will be. Our lack of mind-reading ability is not proof of how little we care about you.

24. If we ask what is wrong and you say "nothing," we will act like nothing's wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle.

25. If you ask a question you don't want an answer to, expect an answer you don't want to hear.

26. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine. Really.

27. Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as navel lint, the shotgun formation, or monster trucks.

28. You have enough clothes.

29. You have too many shoes.

30. Foreign films are best left to foreigners. (Unless it's Bruce Lee or some war flick where it doesn't really matter what they're saying anyway.)

31. It is neither in your best interest or ours to take the quiz together. No, it doesn't matter which quiz.

32. I am in shape. ROUND is a shape.

33. Thank you for reading this; Yes, I know, I have to sleep on the couchtonight, but did you know we really don't mind that, it's like camping.


Perkahwinan Relatif

0 comments
credit to profhariz.com
Perkahwinan adalah suatu yang suci, merupakan penyatuan dua hati. Ikatan yang dilakukan berbeza mengikut budaya, agama dan adat masing masing. Tapi pada zaman moden ni, ramai yang lebih sibuk dengan perkara perkara lain.

Perkara tersebut boleh jadi menyambung pelajaran, bekerja dan lain lain. Oleh kerana kos sara hidup seseorang meningkat, apatah lagi kos sara hidup seseorang + wife + child + child and so on. Jadi ramai yang akan mengumpul duit melalui pekerjaan sebelum mampu untuk melamar kekasih cinta masing masing

Ini menyebabkan seseorang itu berkahwin lebih lambat dari biasa. Contohnya dulu umur kahwin bawah 20 tetapi sekarang umur perkahwinan meningkat ke  bawah 30, seiring waktu tamat pengajian di IPT pada umur 20-an.

Maybe x ramai yang memikirkan apa pentingnya kahwin awal atau lambat? Semua ikut jodoh masing masing kan? Betul, tetapi, ia difikirkan mengikut konteks yang lebih luas. Dalam konteks suatu negara, perubahan kecil dalam masyarakat akan memberi kesan besar pada negara.

Contoh lagi. Jika ramai penduduk Malaysia berkahwin lambat, dapat anak pon lambat. Ini mempengaruhi kadar kelahiran dalam negara. Kadar kelahiran yang rendah jika berterusan tidak dapat menampung kadar kematian. Populasi akan berkurang, sektor pekerjaan xcukup orang dll. Negara boleh musnah dengan 1 isu kecil sahaja jika tidak dibendung.

Negara maju seperti Jepun juga mengalami benda yang sama, dan giat mencari penyelesaian dengan pelbagai cara. India pula mengalami isu dimana parent memilih untuk menggugur bayi perempuan kerana susah (familiar?). Jadi dalam kes India, perempuan akan berkurang berbanding lelaki, bermaknya kurangnya kaum ibu dan menyumbang masalah yang sama. Penduduk akan lenyap.

Tetapi jangan bimbang, pihak berkenaan akan mengambil langkah yang sewajarnya. Adalah tanggungjawab kita untuk tahu dan memahami mengapa sesuatu perkara berlaku. Daa~
 
Copyright © Varqidic