The Big Bang


scienceblogs.com



Mungkin ada diantara anda yanng tercari cari cara untuk menguatkan pegangan anda pada Nya. Ini kerana pada zaman moden yang maju bukan main ni hampir semua menumpukan hidup ke arah keduniaan dan semakin lupa tentang sesuatu yang terlindung di sebalik dunia itu. Tetapi ketahuilah, bukti itu berada dimana mana, selagi kita mahu mencarinya, tidak terbatas pada waktu, mahupun tempat ^^

Pada zaman dahulu, manusia menganggap dunia ini wujud secara tiba tiba, tiada permulaan, tiada pengakhiran. Dari mana agaknya anda fikir perkataan 'semulajadi' muncul? haha. Oleh itu, manusia berfikir yang dunia ini memang telah ada, dan terus ada selamanya. Tiada tuhan maka kita bebas untuk melakukan apa saja kerana dunia ini kita punya. Tiada batas pahala atau dosa.

Tetapi, kajian demi kajian yang dijalankan oleh saintis dari dahulu hingga sekarang semakin menampakkan kemajuan dari segi pengetahuan yang diperoleh dari alam semesta. Kadangkala kebenaran terlalu menyakitkan, seperti mengetahui matahari pusat sistem suria dan bukannya bumi. Maklumat yang sebenar mula menggantikan yang tidak.

Sehingga ke zaman moden, saintis bernama Edward Hubble (pencipta teleskop besar tu) menggunakan alatnya memerhatikan langit dan entiti di dalamnya. Die mengesan setiap bintang melakukan 'redshift'. Redshift umumnya ialah pemanjangan gelombang cahaya. Contoh, bila anda membina 1 gelombang yang sama sepanjang masa bila anda menghampiri hujung yang lagi satu gelombang akan menjadi rapat dan bila anda menjauh, gelombang memanjang. 

tomsastroblog.com

Ini menandakan bintang bintang bergerak menjauhi bumi. Kajian lebih mendalam juga membuktikan bintang bintang tersebut bergerak menjauhi satu sama lain. Jadi, bila semua bende bergerak menjauhi semua benda, ini menandakan alam semesta meluas dengan seragam! 

Surah Adz Zaariyat ayat 47 (51;47)
"Dan Langit kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar benar meluaskannya"
 -Terjemahan Al Quran Al Qarim, Al hidayah house of quran sdn bhd

Jika semuanya makin meluas (membesar) Okay, luas dalam 2 dimensi, dalam sains. Bermakna alam semesta ini adalah rata. Betul ke? Thus the universe was known to be flat to within about 15% accuracy prior to the WMAP results Bukti dari nasa tu..Jadi, jika kita putarkan masa kembali, akan tiba satu masa semuanya bintang2 dan segala zarah datang dari satu titik di alam semesta yang mempunyai 0 isipadu. Ini adalah teori big bang dimana alam semesta bermula dari letupan yang kuat dan terkawal berasal dari satu titik, kesan dari letupan menjadi awan yang kemudiannya membentuk setiap bintang dan planet dll. Ini merupakan permulaan bagi alam.

Surah Al Anbiya (21:30)
"Dan apakah orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu bercantum, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air, Kami jadika segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
 -Terjemahan Al Quran Al Qarim, Al hidayah house of quran sdn bhd

Sesuatu yang baru ditemui pada millenium baru ini, telah diungkapkan pada zaman Muhammad, di tengah padang pasir, di kala saintis hebat2 tiada mahupun teleskop yang canggih.

Nak lagi?
Surah Fussilat (41:11)
Kemudian Dia menuju ke langit dan dia (langit) masih berupa asap, lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi:"Datanglah kamu berdua menurut perintahku dengan patuh atau terpaksa." Keduanya menjawab:"Kami datang dengan patuh."
 -Terjemahan Al Quran Al Qarim, Al hidayah house of quran sdn bhd

Maaf la entry ini terlalu panjang, seluas mana alam semesta diluar bumi itu, seluas itulah bukti yang ditunjukkan. Kita sambung di masa lain~ ^^ 



0 comments:

 
Copyright © Varqidic