Perkahwinan Relatif

credit to profhariz.com
Perkahwinan adalah suatu yang suci, merupakan penyatuan dua hati. Ikatan yang dilakukan berbeza mengikut budaya, agama dan adat masing masing. Tapi pada zaman moden ni, ramai yang lebih sibuk dengan perkara perkara lain.

Perkara tersebut boleh jadi menyambung pelajaran, bekerja dan lain lain. Oleh kerana kos sara hidup seseorang meningkat, apatah lagi kos sara hidup seseorang + wife + child + child and so on. Jadi ramai yang akan mengumpul duit melalui pekerjaan sebelum mampu untuk melamar kekasih cinta masing masing

Ini menyebabkan seseorang itu berkahwin lebih lambat dari biasa. Contohnya dulu umur kahwin bawah 20 tetapi sekarang umur perkahwinan meningkat ke  bawah 30, seiring waktu tamat pengajian di IPT pada umur 20-an.

Maybe x ramai yang memikirkan apa pentingnya kahwin awal atau lambat? Semua ikut jodoh masing masing kan? Betul, tetapi, ia difikirkan mengikut konteks yang lebih luas. Dalam konteks suatu negara, perubahan kecil dalam masyarakat akan memberi kesan besar pada negara.

Contoh lagi. Jika ramai penduduk Malaysia berkahwin lambat, dapat anak pon lambat. Ini mempengaruhi kadar kelahiran dalam negara. Kadar kelahiran yang rendah jika berterusan tidak dapat menampung kadar kematian. Populasi akan berkurang, sektor pekerjaan xcukup orang dll. Negara boleh musnah dengan 1 isu kecil sahaja jika tidak dibendung.

Negara maju seperti Jepun juga mengalami benda yang sama, dan giat mencari penyelesaian dengan pelbagai cara. India pula mengalami isu dimana parent memilih untuk menggugur bayi perempuan kerana susah (familiar?). Jadi dalam kes India, perempuan akan berkurang berbanding lelaki, bermaknya kurangnya kaum ibu dan menyumbang masalah yang sama. Penduduk akan lenyap.

Tetapi jangan bimbang, pihak berkenaan akan mengambil langkah yang sewajarnya. Adalah tanggungjawab kita untuk tahu dan memahami mengapa sesuatu perkara berlaku. Daa~

0 comments:

 
Copyright © Varqidic