Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM)

Bermula 29 dan 30 Jun untuk kursus, dan 1 hingga 3 julai untuk perlaksanaan, program ini direalisasikan untuk mendidik anak muda yang akan menduduki SPM dan STPM, dari parlimen pekan dan sembrong, di mana ahli parlimennya Dato' Sri Najib Dan Dato' Seri Hishamuddin untuk menjadi seorang pelajar yang berwawasan, bermotivasi dan bersemangat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Bertempat di UiTM Malaysia, 1000 calon peperiksaan ini ditempatkan di salah sebuah kolej dan di dedahkan dengan suasana hidup di kampus. Jadual mereka diisi dengan padat dengan pelbagai aktiviti, bertujuan untuk mempersiapkan mereka dengan lebih lagi untuk menghadapi peperiksaan masing masing. Calon juga die bawa berjalan di sekitar kampus bagi memotivasikan mereka lebih lagi untuk menyambung pelajaran.

Sepanjang program, calon akan dibimbing oleh hampir 200 orang mentor dari kalangan pelajar UiTM yang sudi mengorbankan cuti mereka demi membimbing adik adik mereka ini. Seorang mentor akan diberi 4 ke 6 calon untuk dijaga dan tggal bersama. Mentor akan menjadi role model bagi mereka sebagai orang yang telah berjaya sampai ke menara gading.

Majlis penutup dirasmikan oleh Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan, setiap orang baik mentor, calon dan Dato' Seri sendiri menyukainya. Dengan ini program ini telah berjaya dijalankan, dan semoga SMGM 2011 akan menjadi kenangan manis kepada semua, termasuk saya X)

With one of the mentor :D

0 comments:

 
Copyright © Varqidic